Refund policy
RETURN AND REFUND POLICY
Last updated: 5 August 2026
OUJI SEIYAKU (M) SDN. BHD. (“OUJI Malaysia”, “we”, “us” or “our”) wants every order to reach you safely and in good condition. If something is wrong with your order, please let us know as soon as possible so that we can check it and help you resolve the issue.
As our products include personal care and hygiene-related items, we generally do not accept returns, exchanges or refunds for change of mind or personal preference. This does not affect any non-excludable rights or remedies available to you under the Consumer Protection Act 1999 or other applicable Malaysian law. If a product has been opened or used, we will review the request where the issue could not reasonably have been discovered before opening or first use.
When We Can Help
We will review a return, exchange or refund request if:
- you received the wrong item;
- the item was damaged when it reached you;
- the item appears to be defective when delivered; or
- the issue could only reasonably be discovered after opening or first using the item.
Please contact us within 7 days from the date of delivery so that we can review the issue promptly. This administrative period does not limit any longer period or remedy available to you under the Consumer Protection Act 1999 or other applicable Malaysian law.
What You Need to Provide
To help us review your request, please email us at csmy.eshop@ouji.com with:
- your order number;
- your full name and contact details;
- a description of the issue;
- clear photos or videos showing the product issue; and
- photos of the parcel, packaging and shipping label, where applicable.
Where reasonably possible, the product should be returned unused, unopened and in its original packaging. If the issue could only reasonably be discovered after opening or first use, please stop using the product immediately and keep the product and packaging until we complete our review. We may be unable to process your request if the product is further used, damaged after delivery, disposed of, or if the issue cannot be verified.
Non-Returnable Items
We do not accept returns, exchanges or refunds for:
- change of mind;
- incorrect product ordered by the customer;
- products that have been opened or used, unless the issue could not reasonably have been discovered before opening or first use;
- products damaged after delivery due to misuse, mishandling or improper storage;
- minor packaging imperfections that do not affect product quality; or
- clearance, promotional or final sale items, unless they are defective or incorrectly delivered.
Refunds
If your request is approved, or where required under applicable Malaysian consumer law, the available remedy may include:
- replacing the defective, damaged or incorrect item;
- issuing a refund where required under applicable Malaysian law, including where the product may be rejected or a replacement is unavailable or inappropriate; or
- providing any other remedy required under applicable Malaysian law.
We may require the product to be returned for inspection before processing a replacement or refund. If the return is due to an error by OUJI Malaysia, including an incorrect or defective item, we will advise you on the return shipping arrangements. For other accepted returns not caused by us, return shipping costs will be borne by you.
Approved refunds will be processed to the original payment method used during checkout within 7–14 business days after approval. The actual time for the refund to appear in your account may vary depending on your bank or payment provider.
Contact for Return and Refund Requests
For any return, exchange or refund enquiry, please contact our Customer Service team at csmy.eshop@ouji.com with your order details and the supporting information described above. We will review your request and provide assistance as soon as possible.
[END]
POLISI PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK
Dikemas kini terakhir pada: 5 Ogos 2026
OUJI SEIYAKU (M) SDN. BHD. (“OUJI Malaysia”, “kami” atau “pihak kami”) berhasrat untuk memastikan setiap pesanan sampai kepada anda dengan selamat dan dalam keadaan baik. Sekiranya terdapat apa-apa masalah dengan pesanan anda, sila maklumkan kepada kami dengan secepat mungkin supaya kami dapat menyemak perkara tersebut dan membantu anda menyelesaikan isu berkenaan.
Memandangkan produk kami termasuk produk penjagaan diri dan barangan berkaitan kebersihan, kami secara amnya tidak dapat menerima pemulangan, pertukaran atau bayaran balik atas sebab perubahan fikiran atau keutamaan peribadi. Perkara ini tidak menjejaskan apa-apa hak atau remedi yang tidak boleh dikecualikan yang tersedia kepada anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] atau mana-mana undang-undang Malaysia lain yang terpakai. Sekiranya sesuatu produk telah dibuka atau digunakan, kami akan menyemak permohonan tersebut jika isu berkenaan tidak dapat dikenal pasti secara munasabah sebelum produk tersebut dibuka atau digunakan buat kali pertama.
Bila Kami Boleh Membantu
Kami akan menyemak permohonan pemulangan, pertukaran atau pembayaran balik sekiranya:
- anda telah menerima barangan yang salah;
- barangan tersebut telah rosak semasa sampai kepada anda;
- barangan tersebut kelihatan =][' semasa penghantaran; atau
- isu tersebut hanya dapat dikenal pasti secara munasabah selepas barangan tersebut dibuka atau digunakan buat kali pertama.
Sila hubungi kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh penghantaran supaya kami dapat menyemak isu tersebut dengan segera. Tempoh pentadbiran ini tidak mengehadkan apa-apa hak, remedi atau tempoh lain yang mungkin tersedia kepada anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau mana-mana undang-undang Malaysia lain yang terpakai.
Maklumat Yang Perlu Anda Berikan
Bagi membolehkan kami menyemak permohonan anda, sila e-melkan kepada kami di csmy.eshop@ouji.com berserta:
- nombor pesanan anda;
- nama penuh dan maklumat hubungan anda;
- keterangan mengenai isu tersebut;
- gambar atau video yang jelas yang menunjukkan isu pada produk tersebut; dan
- gambar bungkusan, pembungkusan dan label penghantaran, jika berkenaan.
Setakat yang munasabah boleh dilaksanakan, produk hendaklah dipulangkan dalam keadaan belum digunakan, belum dibuka dan masih dalam pembungkusan asalnya. Sekiranya isu tersebut hanya dapat dikenal pasti secara munasabah selepas produk dibuka atau digunakan buat kali pertama, sila hentikan penggunaan produk tersebut dengan serta-merta dan simpan produk serta pembungkusannya sehingga kami selesai menjalankan semakan. Kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda sekiranya produk tersebut terus digunakan, rosak selepas penghantaran, dilupuskan, atau sekiranya isu tersebut tidak dapat disahkan.
Barangan yang Tidak Boleh Dipulangkan
Kami tidak menerima pemulangan, pertukaran atau pembayaran balik bagi:
- perubahan fikiran;
- produk yang salah dipesan oleh pelanggan;
- produk yang telah dibuka atau digunakan, melainkan isu tersebut tidak dapat dikenal pasti secara munasabah sebelum produk dibuka atau digunakan buat kali pertama
- produk yang rosak selepas penghantaran akibat penyalahgunaan, pengendalian yang tidak wajar atau penyimpanan yang tidak sesuai;
- kecacatan kecil pada pembungkusan yang tidak menjejaskan kualiti produk; atau
- barangan pelepasan stok, promosi atau jualan akhir, melainkan barangan tersebut cacat atau telah dihantar secara salah.
Pembayaran Balik
Sekiranya permohonan anda diluluskan, atau sekiranya dikehendaki di bawah undang-undang perlindungan pengguna Malaysia yang terpakai, remedi yang tersedia mungkin termasuk:
- menggantikan barangan yang cacat, rosak atau salah dihantar;
- membuat pembayaran balik jika dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia yang terpakai, termasuk dalam keadaan di mana produk tersebut boleh ditolak atau penggantian tidak tersedia atau tidak sesuai; atau
- menyediakan apa-apa remedi lain yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia yang terpakai.
Kami boleh menghendaki produk tersebut dipulangkan kepada kami bagi tujuan pemeriksaan sebelum sesuatu penggantian atau bayaran balik diproses. Sekiranya pemulangan tersebut adalah disebabkan oleh kesilapan pihak OUJI Malaysia, termasuk penghantaran barangan yang salah atau barangan yang cacat, kami akan memaklumkan kepada anda mengenai aturan penghantaran balik yang berkenaan. Bagi pemulangan lain yang diterima tetapi tidak berpunca daripada kesilapan pihak kami, kos penghantaran balik hendaklah ditanggung oleh anda.
Bayaran balik yang diluluskan akan diproses melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan semasa pembayaran dibuat, dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas kelulusan diberikan. Tempoh sebenar bagi bayaran balik tersebut dikreditkan atau dipaparkan dalam akaun anda mungkin berbeza, tertakluk kepada bank, pengeluar kad atau penyedia perkhidmatan pembayaran anda.
Hubungi Kami
Bagi apa-apa pertanyaan berhubung dengan pemulangan, pertukaran atau bayaran balik, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami di csmy.eshop@ouji.com dengan mengemukakan butiran pesanan anda serta maklumat sokongan seperti yang dinyatakan di atas. Kami akan menyemak permohonan anda dan memberikan bantuan dengan secepat yang munasabah.
[TAMAT]
